Nama Kempen

MAIWP KASIH ASNAF BACK TO SCHOOL

Tempoh Penebusan/ Kempen

Bermula dari 28 Februari 2022 sehingga  30 April 2022

Dompet MAIWP

Majlis Agama Islam Kuala Lumpur (MAIWP) pada tahun 2022 telah memulakan proses agihan zakat kepada golongan sasaran yang memerlukan bantuan untuk membeli pakaian dan peralatan sekolah secara atas talian.

 

MAIWP telah mengenalpasti kemampuan penerima-penerima dan pengagihan akan dilaksana melalui budi bicara MAIWP.

 

Demi memudahkan proses pengagihan bantuan pakaian dan peralatan persekolahan bagi sesi 2022 kepada penerima-penerima yang telah dikenalpasti, MAIWP akan mengagihkan melalui aplikasi Boost atau Partner Wallet/ Dompet MAIWP.

 

Para penerima hanya boleh membeli pakaian dan peralatan sekolah di atas talian melalui aplikasi Boost dengan menggunakan ‘Partner Wallet’ / Dompet MAIWP mengikut syarat-syarat seperti di bawah.

 

Penggunaan Partner Wallet/ Dompet MAIWP akan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan dalam laman web Boost.

Kelayakan

Mereka yang layak menerima bantuan melalui kempen ini telah dikenalpasti oleh MAIWP

Semakan permohonan: https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/kasihasnaf/semakan_bps/

Syarat-Syarat

1.      Setiap penerima yang telah dikenalpasti oleh MAIWP perlu mendaftar sebagai pengguna Boost ataupun sedia ada telah mempunyai akaun Boost.

 

2.      Setiap penerima perlu menjalani pengesahan identiti electronic Know Your Customer (eKYC) dalam aplikasi Boost.

 

3.      Untuk penebusan dompet MAIWP, penerima boleh ke “What’s New” di halaman Boost. Penerima akan dibawa ke halaman MAIWP di mana pengguna yang layak boleh memilih penerima untuk membuat pembelian.

 

4.      Penerima boleh menebus jumlah yang diberi dalam Dompet MAIWP dalam tempoh kempen.

 

5.      Dompet MAIWP hanya boleh digunakan untuk perbelanjaan pakaian dan peralatan sekolah melalui aplikasi Boost sahaja di kedai-kedai dan pasaraya yang terpilih yang disenaraikan.

 

6.      Dompet MAIWP tidak boleh dipindahkan ke penerima yang lain dan tidak boleh ditunaikan ke dalam bank akaun penerima.

 

 

7.      Dompet MAIWP haruslah digunakan dalam tempoh penebusan yang ditetapkan oleh pihak MAIWP dari 28 Februari 2022 sehingga 30 April 2022.

 

8.      Baki Dompet MAIWP yang tidak digunakan dalam tempoh penebusan akan dikembalikan kepada pihak MAIWP. Para penerima tidak boleh menuntut Dompet MAIWP selepas tempoh penebusan.

 

9.      Sekiranya perbelanjaan para penerima melebihi jumlah yang diberikan oleh pihak MAIWP, penerima haruslah menambah dengan wang sendiri (melalui ‘main wallet’) atau mengurangkan barang pembelian.

 

10.   Penebusan dan pembelian boleh dilakukan sekali atau berulang kali sehingga jumlah Dompet MAIWP habis diguna pakai.

 

Senarai Barang Yang Boleh ditebus oleh Pelajar
Senarai Kedai/ Pasaraya Terpilih

Senarai kedai/pasaraya: Berikut adalah senarai kedai and pasaraya di Annexure C.Senarai kedai/pasaraya: https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/kasih-asnaf-bts-2022-senarai-pasaraya-terpilih/

Polisi penghantaran barang

1.      Pembelian pakaian seragam dan peralatan sekolah akan dilaksanakan melalui rangkaian yang diuruskan oleh eCode. . eCode hendaklah memastikan  rangkaian yang dipilih menggunakan kawalan kualiti yang ketat untuk memastikan semua item akan diperiksa dan dihantar dalam keadaan baik.

 

2.      Pengguna boleh memilih pilihan penghantaran sama ada penyerahan di kaunter atau pengambilan sendiri di lokasi pengambilan yang ditentukan. Ini adalah terhad kepada saiz yang ditetapkan / ‘standard size item’ di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, sahaja.

 

3.      Untuk pesanan di Labuan atau pembelian Tempahan Khas, pengguna dikehendaki untuk mengambil di lokasi di Labuan atau di kedai Tempahan Khas.

 

4.      Untuk Tempahan Khas, masa yang diambil untuk menyiapkan tempahan adalah dalam tempoh tujuh (7) ke empat belas (14) hari bekerja dari tarikh pembelian.

 

5.      Pengguna boleh  menyemak status penghantaran pengguna dengan log masuk ke akaun Boost pengguna atau laman web servis kurier.

 

6.      Penyerahan di Kaunter: Pengguna boleh pergi ke senarai kedai terpilih untuk mencuba pakaian dan membuat pesanan melalui aplikasi Boost. Pengguna boleh mengambil barangan secara serta-merta selepas membuat pembayaran di dalam aplikasi Boost. Senarai di bawah merupakan kedai terpilih untuk kaedah penyerahan di kaunter ini:

 

NO

KEDAI/JENAMA*

1

BINTANG GARMENT SUPPLIER SDN BHD (BINTANG FASHION)

2

M-SUTERA SDN BHD (CANGGIH)

3

QUALITY TEXTILE

4

PUSAT PAKAIAN HARI-HARI SDN BHD

5

MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD

* sila rujuk kepada senarai kedai terpilih untuk lokasi kedai jenama tersebut

 

7.      Pengambilan di Lokasi Pengambilan terpilih: Semua pesanan dibungkus menggunakan bahan pembungkusan standard pengguna. Pada masa pengambilan di lokasi terpilih, pengguna bersetuju untuk memeriksa pembungkusan barangan dan untuk memastikan pelekat tidak rosak atau dibuka sebelum pengguna menandatangani penerimaan bungkusan. Pengguna berhak menolak untuk mendatangani penerimaan bungkusan jika pengguna mendapati pelekat bungkusan rosak atau dibuka.

 

8.      Jika pengguna tidak mengambil bungkusan pengguna di lokasi pengambilan pilihan pengguna dalam (7) hari bekerja dari tarikh penghantaran, bungkusan boleh dilupuskan. dan eCode tidak akan membayar balik sebarang jumlah yang telah pengguna belanjakan untuk pembelian tersebut. Pengguna boleh rujuk ke pautan ini (https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/kasih-asnaf-bts-2022-senarai-lokasi-pengambilan/) untuk senarai lokasi pengambilan.

 

9.      Jumlah kos penghantaran ke lokasi pengambilan pilihan pengguna adalah percuma. Anggaran masa penghantaran adalah dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pembelian,

Polisi Pemulangan & Pembayaran Balik
  1. Pengguna boleh meminta pulangan/bayaran balik atas sebab-sebab berikut:
    1. Pengguna tidak menerima produk, seperti item atau bungkusan yang hilang dalam transit.
    2. Pengguna menerima produk yang salah, seperti saiz, warna atau item yang salah.
  • Pengguna menerima produk dengan kerosakan fizikal, seperti bahan yang terkoyak atau zip rosak.

 

  1. Untuk meminta pulangan dan bayaran balik, pengguna boleh melakukannya melalui aplikasi Boost atau menghubungi talian berikut:

 

Talian Bantuan

Talian

E-mel

[email protected]

WhatsApp

+6011 3422 4488

Helpline

+6011 3422 4488

 

  1. eCode tidak akan menerima produk yang telah dipakai, digunakan, diubah, rosak atau kecacatan selain daripada kecacatan pembuatan. Dalam erti kata lain, pulangan yang tidak lengkap, rosak, dipakai, kotor atau diubah, atau apa-apa yang eCode percaya secara munasabah telah digunakan atau dipakai, tidak akan diterima. Sila ambil perhatian bahawa barangan yang rosak akibat lusuh tidak dianggap rosak atau cacat.

 

  1. Barangan haruslah dipulangkan dalam keadaan yang asal bersama dengan bungkusan dan label asal.

 

  1. Pengguna dikehendaki memulangkan produk dengan menghantar produk di lokasi pejabat courier J&T. Sila rujuk pautan ini (https://www.mycourier.my/jt-express-branches-malaysia/) untuk maklumat lokasi drop-off J&T.

 

  1. Dasar pemulangan dan bayaran balik bagi pihak pembekal bagi laporan yang telah disahkan adalah seperti berikut: (i) buat laporan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pembelian mengikut syarat-syarat (ii) jika produk rosak, bayaran balik hanya akan diluluskan jika produk dikembalikan kepada pihak pembekal dalam keadaan asal. Pihak eCode akan membayar balik kepada pengguna berdasarkan jumlah yang dibelanjakan oleh pengguna untuk memperolehi produk dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh laporan diluluskan. Segala Pembayaran balik akan dipulangkan ke dalam e-dompet aplikasi Boost pengguna setelah ‘request’ telah disemak dan diluluskan.

 

48 Jam Tempoh Penangguhan

  1. Pihak eCode mempunyai tempoh penangguhan (‘Grace Period’) selama 48 jam selepas tempoh pembelian.

 

  1. Pengguna berhak membatalkan pembelian tanpa memberi alasan dalam tempoh penangguhan ini.

 

  1. Pihak eCode akan membayar balik kepada pengguna berdasarkan jumlah yang dibelanjakan oleh pengguna mengikut jumlah yang dibelanjakan oleh pengguna untuk memperolehi produk dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh laporan diluluskan.

 

Polisi penukaran

1. Pembelian boleh dipulangkan dan ditukar di kedai terpilih dalam jangka masa empat belas (14) hari dari tarikh pembelian mengikut terma berikut:

 

i) Barangan haruslah dipulangkan dalam keadaan yang asal bersama dengan bungkusan dan label asal.

ii) Pembeli boleh menukar barangan yang sama (tetapi saiz berbeza), tetapi tidak boleh menukar barangan yang berbeza.

iii) Jika pembeli menukar barangan dengan bayaran yang lebih mahal, pembeli harus membayar perbezaan harga dengan wang tunai di kaunter pembayaran di kedai tersebut. Pembayaran menggunakan aplikasi Boost tidak dibenarkan untuk penukaran.

iv) Jika pembeli menukar barangan dengan bayaran harga lebih rendah harganya, tiada pemulangan wang tunai atau wang ke dalam aplikasi Boost.

v) Penukaran di kedai terpilih adalah tertakluk kepada stok semasa di kedai.

2. Kedai yang terpilih berhak untuk menolak permintaan penukaran.

3. Berikut adalah kedai terpilih untuk membuat penukaran:

NO

 KEDAI/JENAMA*

1

BINTANG GARMENT SUPPLIER SDN BHD (BINTANG FASHION)

2

M-SUTERA SDN BHD (CANGGIH LABUAN SAHAJA)

3

QUALITY TEXTILE

4

PUSAT PAKAIAN HARI-HARI SDN BHD

5

MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD

* sila rujuk kepada senarai kedai terpilih untuk lokasi kedai jenama tersebut

 

 

Notis Privasi

Untuk perhatian semua, penerima serta tanggungannya, juga perlu membaca dan bersetuju untuk mematuhi terma-terma notis privasi eCode