Berita

Nestlé Kekalkan Momentum Kukuh dan Merancang Pelaburan Tertinggi Dalam 5 Tahun

KUALA LUMPUR, 25 April 2019 – Nestlé (Malaysia) Berhad mencatatkan prestasi kukuh bagi tahun kewangannya yang berakhir 31 Disember 2018, dengan hasil dan keuntungan lebih tinggi. Kumpulan mencatatkan Perolehan RM5.5 bilion, kenaikan 4.9% berbanding tahun kewangan sebelumnya. Untung Selepas Cukai meningkat sebanyak 2.5% kepada RM659 juta manakala Untung Sebelum Cukai melonjak 7.8% kepada RM876 juta.

Selepas Mesyuarat Agung Tahunan, En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, mengulas, “Kami terus menggiatkan pertumbuhan pada 2018 dalam persekitaran pemasaran dan sektor yang berdaya saing tinggi. Pelancaran produk baharu yang disokong oleh pelaburan pemasaran dan perdagangan menyumbang kepada jualan domestik kukuh. Pengurusan kos secara
SIARAN MEDIA proaktif dan kecekapan dalaman yang ditambah baik, dengan harga komoditi yang rendah, akan dapat membantu pasaran komoditi pada tahun 2019.”

“Strategi kami berfokus kepada ciptaan kitaran positif di mana kami mengkukuhkan kecekapan secara efisien, dan penjimatan yang berkaitan dilaburkan untuk menjana permintaan yang lebih tinggi. Ini juga dapat menyumbang kepada inovasi konsumer yang relevan yang secara langsung dapat menjana peningkatan pertumbuhan tahun demi tahun.”

En. Aranols berkata inovasi kekal sebagai pemacu pertumbuhan penting dan antara pelancaran baharu kami pada tahun 2018 termasuk MAGGI PEDAS GILER, NESCAFÉ Cold Brew, dan juga pilihan aiskrim baharu seperti Aiskrim OREO dan Nestlé Tropicana perisa Yogurt Laici. Dia juga memaklumkan bahawa terdapat pelbagai pelancaran yang menarik bakal menyumbang kepada pelan Kumpulan 2019. Berlandaskan prestasi kukuh Kumpulan dan sejajar dengan komitmen untuk terus meningkatkan nilai bagi pemegang saham, Lembaga Pengarah mencadangkan dividen akhir RM1.40 sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, di Mesyuarat Agung Tahunan. Ini membawa jumlah pembayaran dividen pada tahun 2018 sebanyak RM2.80 sesaham, satu lagi rekod tertinggi bagi Kumpulan.

(Dari kiri ke kanan) Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Tan Sri Dato ‘Seri Syed Anwar Jamalullail, Pengerusi, Nestlé (Malaysia) Berhad dan Encik Craig Connolly, Ketua Pegawai Kewangan, Nestlé (Malaysia) menyampaikan Laporan Tahunan 2018 pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-35.

S1 2019
Berbekalkan momentum ini, Kumpulan memulakan tahun kewangan semasa dengan positif, apabila mencatatkan kenaikan 1.6% dari segi Perolehan kepada RM1.45 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2019. Selepas mengambil kira pelupusan perniagaan Tenusu Dingin pada 1 Januari 2019, angka tersebut mewakili pertumbuhan kukuh 3.2% secara tahunan. Keputusan mantap ini dicapai berasaskan peningkatan jualan domestik sebanyak 4.9% bagi suku tahun yang dilaporkan, dipacu oleh momentum jualan kukuh dalam tempoh perayaan Tahun Baru Cina.

Untung Operasi meningkat 6% daripada RM303 juta kepada RM322 juta. Kumpulan mencatatkan perbelanjaan operasi lebih rendah hasil pengurangan perbelanjaan secara berperingkat bagi perbelanjaan pemasaran dan promosi, harga komoditi yang masih rendah serta peningkatan kecekapan di seluruh rantaian bekalan. Hasilnya, Untung Sebelum Cukai meningkat sebanyak 6.1% daripada RM295 juta kepada RM313 juta, manakala Untung Selepas Cukai meningkat kepada RM235 juta daripada RM231 juta, lantas mencerminkan prestasi keuntungan lebih kukuh walaupun dibandingkan dengan keputusan suku pertama cemerlang yang dicatatkan pada 2018.

Untung Sebelum Cukai meningkat sebanyak 6.1% daripada RM295 juta kepada RM313 juta, manakala Untung Selepas Cukai meningkat kepada RM235 juta daripada RM231 juta, lantas mencerminkan prestasi keuntungan lebih kukuh walaupun dibandingkan dengan keputusan suku pertama cemerlang yang dicatatkan pada 2018.

Encik Juan Aranols menyampaikan gambaran keseluruhan prestasi Nestlé Malaysia pada tahun 2018.

Tinjauan
En. Aranols menambah, “Kami komited untuk terus melabur di Malaysia dan sebagai bukti, kami telah memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM220 juta pada 2019, iaitu tahap angka tertinggi dalam lima tahun. Sebahagian besar daripada ini akan digunakan untuk meluaskan kilang Chembong kami di Negeri Sembilan bagi menubuhkan Pusat Kecemerlangan Pengeluaran MILO terbesar di dunia.’

“Rancangan kami memperuntukkan perbelanjaan modal lebih tinggi akan menyokong tumpuan kami untuk memanfaatkan peluang baharu bagi produk kami, dengan menghasilkan inovasi berterusan dan terus memacu kecekapan yang akan membantu kami mengekalkan kelebihan daya saing dan menggiatkan pertumbuhan. Kami yakin bahawa strategi kukuh kami akan membolehkan kami terus menjana pertumbuhan mantap, menguntungkan dan mampan pada 2019.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *