Berita

Kilang MILO terbesar di Chembong

Nestlé (Malaysia) Berhad akan melabur lebih daripada RM100 juta untuk memperkembang kilang MILO di Chembong, Negeri Sembilan. Langkah ini sejajar dengan strategi Syarikat untuk memacu pertumbuhan kukuh yang mampan dan menguntungkan serta melabur di Malaysia sebagai hab pengilangan utama bagi Kumpulan Nestlé. Perkembangan ini akan menyaksikan penubuhan Kilang Chembong sebagai Pusat Kecemerlangan Pengilangan MILO terbesar di dunia. Nestlé Malaysia akan memindahkan semua operasi penghasilan MILO dari kilang sedia ada di Petaling Jaya, Selangor.

Nestlé Products Sdn Bhd | Tel: (03) 7965 6000