[et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”3.0.47″][et_pb_row _builder_version=”3.0.106″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat” custom_margin=”100px|||”][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.0.47″ parallax=”off” parallax_method=”on”][et_pb_image src=”https://runcithero.my/wp-content/uploads/2018/04/policy_bm.png” _builder_version=”3.0.106″][/et_pb_image][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section][et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”3.0.47″][et_pb_row custom_padding=”50px||50px|” _builder_version=”3.0.106″][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.0.47″ parallax=”off” parallax_method=”on”][et_pb_text _builder_version=”3.0.106″]Dasar Privasi Runcit Hero

Dasar Privasi ini (“Dasar”) menerangkan bagaimana Wira Runcit Sdn Bhd dan subsidiari-subsidiari, syarikat bersekutu dan entiti-entiti usahasamanya (“Runcit Hero”) menggunakan Data Peribadi anda.

Pengumpulan Data Peribadi
“Data Peribadi” bermakna maklumat mengenai anda, dari mana anda boleh dikenalpasti, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, bangsa, alamat, nombor telefon, nombor faks, butiran bank, butiran kad kredit, jantina, status residensi, latar belakang kewangan, kepentingan peribadi, alamat e-mel anda, pekerjaan anda, gambar anda, apa-apa maklumat mengenai anda yang anda berikan kepada Kumpulan Runcit Hero dalam borang-borang pendaftaran, borang-borang permohonan atau apa-apa borang lain yang serupa dan/atau apa-apa maklumat mengenai anda yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh Kumpulan Runcit Hero dari semasa ke semasa dan termasuk data peribadi sensitif seperti nombor kad pengenalan anda, nombor pasport, bangsa, etnik asal, tarikh lahir, latar belakang pendidikan, dan data yang berkaitan dengan kesihatan, agama atau kepercayaan lain yang sama.

Penyediaan Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan Kumpulan Runcit Hero Data Peribadi anda, Kumpulan Runcit Hero tidak akan dapat memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan dan Tujuan Tambahan yang disenaraikan di bawah dan ini boleh menyebabkan Kumpulan Runcit Hero tidak dapat memberikan perkhidmatan atau produk kepada atau menerima bayaran daripada anda.

Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada Kumpulan Runcit Hero secara langsung, Kumpulan Runcit Hero boleh mengumpul Data Peribadi anda daripada sumber awam atau daripada pihak ketiga, seperti:

dari borang permohonan atau borang pendaftaran yang telah diisi atau borang-borang lain yang serupa;
dari sumber awam seperti direktori;
dari laman media sosial rasmi Kumpulan Runcit Hero, jika anda ikut, suka atau peminat laman tersebut;
dari agensi laporan kredit, penyedia insurans atau penyedia perkhidmatan kewangan;
apabila anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan Kumpulan Runcit Hero di mana-mana acara atau aktiviti;
apabila anda memasuki peraduan yang dianjurkan oleh Kumpulan Runcit Hero;
daripada pelbagai entiti atau bahagian di bawah Kumpulan Runcit Hero;
daripada entiti lain yang menyediakan servis kepada anda atau di mana anda mempunyai hubungan berkontrak;
daripada penyedia perkhidmatan pemasaran atau rakan kongsi; atau
dengan menggunakan aplikasi dan laman web Kumpulan Runcit Hero, yang merangkumi semua aplikasi dan laman web yang dikendalikan oleh Kumpulan Runcit Hero dan di bawah jenama masing-masing (“Aplikasi” dan “Laman web” masing-masing). Data Peribadi anda juga akan dikumpulkan dari kuki yang digunakan di laman web.

Tujuan Pemprosesan
Kumpulan Runcit Hero mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk perniagaan dan pengangkutan, penghantaran dan logistik (termasuk makanan dan minuman) dan pembayaran dan aktiviti-aktiviti perkhidmatan kewangan Kumpulan Runcit Hero yang termasuk, tanpa had seperti yang berikut (“Tujuan”):
Di mana anda adalah pelanggan perkhidmatan yang disediakan oleh Kumpulan Runcit Hero:

untuk melaksanakan obligasi Kumpulan Runcit Hero berhubung dengan mana-mana kontrak yang dimeterai dengan anda;
untuk menyediakan anda dengan mana-mana perkhidmatan yang anda minta;
untuk memproses langganan anda dan memberi perkhidmatan kepada anda;
di mana anda telah memohon untuk memuat turun dan menggunakan aplikasi Runcit Hero, atau mana-mana aplikasi Kumpulan Runcit Hero lain, untuk memproses permintaan anda, untuk menghantar Aplikasi kepada anda dan memberikan anda lesen untuk penggunaan Aplikasi tersebut;
untuk memproses dan menguruskan mata ganjaran dan mata kesetiaan anda;
untuk memproses penyertaan anda dalam sebarang acara, aktiviti, kumpulan fokus, kajian penyelidikan, peraduan, promosi, undian, tinjauan atau mana-mana pengeluaran;
untuk memproses, mengurus atau untuk mengesahkan permohonan anda untuk melanggan dengan Kumpulan Runcit Hero dan memberikan anda faedah-faedah yang ditawarkan kepada pelanggan;
untuk mengesahkan tempahan anda dan memproses pembayaran berhubung dengan mana-mana produk atau perkhidmatan yang anda mohon;
untuk memahami dan menganalisa jualan kami serta keperluan dan keutamaan anda;
untuk membangunkan, meningkatkan dan menyediakan produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anda;
memproses penukaran atau pemulangan produk;
untuk menggunakan Kuki bagi meningkatkan pemprosesan, pengiklanan, pemberitahuan, pengesahan, keselamatan dan pematuhan, penganalisaan dan pengurusan keutamaan kami.

Am
untuk menjawab soalan, komen dan maklum balas daripada anda;
untuk berhubung dengan anda untuk sebarang tujuan yang disenaraikan dalam Dasar ini;
untuk tujuan pentadbiran dalaman, seperti pengauditan, analisis data, rekod pangkalan data;
untuk tujuan mengesan, mencegah dan pendakwaan jenayah;
untuk Kumpulan Runcit Hero mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang;
dan anda bersetuju dan memberi izin kepada Kumpulan Runcit Hero menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan dan dalam cara seperti yang ditentukan dalam Dasar ini.

Tujuan Pemasaran dan Promosi
Kumpulan Runcit Hero juga boleh menggunakan dan memproses data anda untuk tujuan lain seperti (“Tujuan Tambahan”):

untuk menghantar anda amaran, surat berita, kemas kini, mel, bahan promosi, hak istimewa, ucapan perayaan dari Kumpulan Runcit Hero, rakan kongsi, penaja atau pengiklannya;
untuk memaklumkan dan menjemput anda ke acara-acara atau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kumpulan Runcit Hero, rakan kongsi, penaja atau pengiklannya;
untuk memproses pendaftaran penyertaan atau kehadiran anda ke sesuatu majlis atau aktiviti dan untuk berkomunikasi dengan anda mengenai kehadiran anda di acara atau aktiviti itu;
untuk berkongsi Data Peribadi anda dengan subsidiari-subsidiari, syarikat bersekutu dan entiti-entiti usahasamanya dan juga dengan ejen, vendor, pembekal, rakan kongsi, kontraktor atau penyedia perkhidmatannya yang mungkin berkomunikasi dengan anda untuk memasarkan produk-produk, perkhidmatan, acara-acara atau promosi mereka;
melalui pos, panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS), perkhidmatan mesej atas talian, dengan tangan dan/atau melalui e-mel.

Pembatalan Langganan dan Pembatalan Izin
Jika anda ingin berhenti melanggan pemprosesan Data Peribadi anda untuk Tujuan Tambahan oleh Kumpulan Runcit Hero, sila klik pada pautan “Unsubscribe” yang tertanam di dalam e-mel atau mesej berkaitan untuk tidak menerima sebarang mesej berkaitan pada masa akan datang. Sila ambil perhatian bahawa jika anda berhenti melanggan, kami masih mungkin menghantar mesej perkhidmatan kepada anda, seperti invois cukai.

Jika anda ingin membatalkan keizinan yang Kumpulan Runcit Hero telah peroleh daripada anda bagi Tujuan yang tersenarai di sini, sila maklumkan kepada Kumpulan Runcit Hero menggunakan maklumat perhubungan yang tertera di bawah.

Pemindahan Data Peribadi
Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa selain negara asal anda atau sebaliknya dalam negara, negeri dan bandar di mana anda berada semasa menggunakan sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh Kumpulan Runcit Hero (“Negara Alternatif”), ke syarikat-syarikat di bawah Kumpulan Runcit Hero yang berada di luar negara asal anda atau Negara Alternatif dan/atau di mana pelayan Kumpulan Runcit Hero dan/atau penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi yang terletak di luar negara asal anda atau Negara Alternatif. Anda memahami dan mengizinkan pemindahan Data Peribadi anda daripada negara asal anda atau Negara Alternatif seperti yang diterangkan di sini.

Pendedahan kepada Pihak Ketiga
Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga bagi Tujuan dan Tujuan Tambahan. Di samping itu, Kumpulan Runcit Hero boleh melibatkan syarikat, penyedia perkhidmatan dan individu lain untuk melaksanakan fungsi bagi pihaknya, dan akibatnya mungkin menyediakan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada penyedia perkhidmatan atau pihak ketiga tersebut. Pihak ketiga tersebut termasuk, tanpa had:

Rakan kongsi Kumpulan Runcit Hero, termasuk pihak di mana Kumpulan Runcit Hero mempunyai kerjasama untuk acara, program dan aktiviti tertentu;
Pengiklan
Syarikat pengurusan acara dan penaja acara;
Syarikat penyelidikan pasaran;
Penyedia perkhidmatan, termasuk, penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT) untuk kerja-kerja infrastruktur, perisian dan pembangunan;
Penasihat profesional dan juruaudit luar, termasuk penasihat undang-undang, penasihat kewangan dan perunding;
Entiti-entiti lain dalam Kumpulan Runcit Hero; dan
Pihak berkuasa kerajaan untuk mematuhi keperluan undang-undang, kawal selia dan kerajaan.
Data Peribadi anda mungkin juga akan dikongsi berkaitan dengan transaksi korporat, seperti penubuhan sebuah syarikat usahasama, penjualan anak syarikat atau pembahagian, penggabungan, penyatuan, atau penjualan aset, atau sekiranya berlaku penggulungan.

Permintaan dan Pertanyaan Akses & Pembetulan, Menghadkan Pemprosesan Data Peribadi
Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang negara asal anda atau Negara Alternatif, anda boleh meminta akses kepada dan/atau meminta pembetulan terhadap Data Peribadi anda, meminta untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda untuk Tujuan Tambahan dan/atau membuat apa-apa pertanyaan lanjut mengenai Data Peribadi anda dengan menghubungi:

Runcit Hero Data Protection Officer
c/o Wira Runcit Sdn Bhd
No. 30 Jalan Kartunis U1/47

Kawasan Perindustrian Temasya,

40150 Shah Alam, Selangor,

Malaysia.

Emel: [email protected]

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang negara asal anda atau Negara Alternatif, Kumpulan Runcit Hero mempunyai hak untuk mengenakan bayaran untuk mengakses Data Peribadi anda dalam jumlah yang dibenarkan di bawah undang-undang berkenaan.

Berkaitan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, Kumpulan Runcit Hero mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan kepada Data Peribadi anda atas sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti di mana perbelanjaan menyediakan akses kepada anda adalah tidak berkadaran dengan risiko kepada privasi orang lain atau anda sendiri.

Kuki
Kumpulan Runcit Hero, dan pihak ketiga yang menjadi rakan kongsi kami, mungkin menggunakan kuki, isyarat web, tag, skrip, objek perkongsian setempat seperti HTML5 dan Flash (kadangkala dipanggil “kuki flash”), pengecam pengiklanan (termasuk pengenalan telefon mudah alih seperti IDFA Apple atau ID Pengiklanan Google) dan teknologi yang sama (“Kuki”) yang berkaitan dengan penggunaan Laman Web dan Aplikasi oleh anda. Kuki boleh mempunyai pengenal unik, dan berada, di antaranya, pada komputer atau peranti mudah alih anda, dalam e-mel yang kami hantar kepada anda, dan Laman Web kami. Kuki boleh menghantar maklumat tentang anda dan penggunaan perkhidmatan oleh anda, seperti jenis pelayar, keutamaan carian, alamat IP, data yang berkaitan dengan iklan yang telah dipamerkan kepada anda atau yang anda klik, dan tarikh dan masa penggunaan. Kuki boleh berterusan atau disimpan hanya pada satu sesi tersendiri.
Kumpulan Runcit Hero mungkin membenarkan pihak ketiga menggunakan Kuki pada Laman Web dan Aplikasi untuk mengumpul maklumat yang sama jenis untuk tujuan sama seperti Kumpulan Runcit Hero. Pihak ketiga boleh mengaitkan maklumat yang mereka kumpul dengan maklumat lain anda yang mereka dapat dari sumber lain. Kumpulan Runcit Hero tidak semestinya mempunyai akses kepada atau kawalan terhadap Kuki yang mereka gunakan.

Di samping itu, kami mungkin berkongsi maklumat yang tidak boleh dikenal pasti secara-peribadi dari atau mengenai anda dengan pihak ketiga, seperti data lokasi, pengenal pengiklanan atau cincangan kriptografik daripada pengenal akaun yang biasa (seperti alamat e-mel), untuk memudahkan paparan pengiklanan bersasaran.

Jika anda tidak ingin Data Peribadi anda dikumpul melalui Kuki pada Laman Web, anda boleh menyahaktifkan Kuki dengan melaraskan tetapan pelayar internet untuk mematikan, menyekat atau nyahaktifkan kuki, dengan menghapuskan sejarah layaran dan membersihkan cache daripada pelayar internet anda. Anda juga boleh mengehadkan perkongsian kami bagi beberapa maklumat ini melalui tetapan peranti mudah alih anda, atau dengan mengisikan butiran anda di sini.

Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga
Laman Web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa Kumpulan Runcit Hero adalah tidak bertanggungjawab ke atas pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian, atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak ketiga tersebut. Jika anda memberikan maklumat secara terus kepada laman-laman tersebut, dasar privasi dan syarat perkhidmatan di laman web tersebut terpakai dan Kumpulan Runcit Hero adalah tidak bertanggungjawab bagi amalan pemprosesan maklumat atau dasar privasi di laman-laman tersebut.

Maklumat Peribadi daripada Kanak-kanak dan Individu Lain
Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, sila melarang kanak-kanak (individu-individu di bawah umur 18 (lapan belas) tahun) di bawah jagaan anda untuk menghantar Data Peribadi ke Kumpulan Runcit Hero. Dalam keadaan di mana Data Peribadi itu disediakan kepada Kumpulan Runcit Hero, anda dengan ini memberi keizinan untuk pemprosesan Data Peribadi kanak-kanak berkenaan, dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Dasar ini dan bertanggungjawab atas tindakan beliau.

Dalam sesetengah keadaan anda mungkin telah menyediakan Data Peribadi berhubung dengan individu lain (seperti suami/isteri, ahli keluarga atau kawan-kawan) dan dalam keadaan sedemikian anda mewakili dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk memberikan data peribadi mereka kepada Kumpulan Runcit Hero dan anda telah memperolehi keizinan mereka untuk Data Peribadi mereka diproses dan digunakan dalam cara seperti yang disenaraikan dalam Dasar ini.

Perakuan dan Keizinan
Dengan berkomunikasi dengan Kumpulan Runcit Hero, menggunakan perkhidmatan Kumpulan Runcit Hero, membeli produk Kumpulan Runcit Hero atau melalui penglibatan anda dengan Kumpulan Runcit Hero, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Dasar ini dan bersetuju dan mengizinkan kegunaan, pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi anda oleh Kumpulan Runcit Hero seperti yang diterangkan dalam Dasar ini.

Kumpulan Runcit Hero mempunyai hak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Dasar ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Dasar yang telah dikemaskini pada Laman Web. Dengan terus berkomunikasi dengan Kumpulan Runcit Hero, dengan terus menggunakan perkhidmatan Kumpulan Runcit Hero, membeli produk Kumpulan Runcit Hero atau penglibatan berterusan anda dengan Kumpulan Runcit Hero selepas perubahan, kemas kini atau pindaan terhadap Dasar ini, tindakan tersebut hendaklah menandakan penerimaan anda kepada apa-apa perubahan, kemas kini atau pindaan tersebut.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Dasar Privasi Runcit Hero
© Runcit Hero 2018

 
[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]