Terma & Syarat:

1. Bagi melayakkan kedai runcit anda untuk mendapat liputan di sosial media Runcit Hero, anda perlu tambah
    nilai 
minimum RM250 (Dua ratus lima puluh ringgit sahaja) dalam satu transaksi. 
    Kempen ini sah pada 1-31 Oktober 2021.

2. Bagaimanapun, Runcit Hero hanya akan memilih 5 kedai runcit paling aktif.

3. Kedai runcit yang terpilih akan menerima saguhati dari Runcit Hero:
    a. Sehelai T-Shirt Runcit Hero benilai RM50 (Lima puluh ringgit).
    b. Baucar membeli barangan runcit di portal Runcit Hero bernilai RM50 (Lima puluh ringgit). Baucar ini diberikan
        secara elektronik. Baucar sah digunakan sehingga 31 Oktober 2021.
    c. Kredit bernilai RM50 (Lima puluh ringgit) yang akan dikreditkan terus ke dalam e-dompet Runcit Hero dalam
        masa 48 jam keputusan diumumkan.

4. Dengan menyertai kempen ini, anda memberi kebenaran kepada Runcit Hero (Wira Runcit Sdn Bhd):
    a. Melawat lokasi kedai runcit untuk mengambil gambar dan juga merekod video. 
    b. Membenarkan R
uncit Hero mempromosi kedai runcit anda pada bila-bila masa (selagi anda mempunyai akaun
        bersama Runcit Hero).
    c. Membenarkan Runcit Hero memuat naik maklumat kedai runcit anda ke laman sosial milik Runcit Hero.
       (Anda digalakkan untuk menyertakan pautan Facebook kedai runcit anda bagi rujukan pengunjung).

5. Wakil Runcit Hero akan menghubungi anda untuk mengesahkan lawatan ke kedai anda.

6. Pemberian saguhati tidak boleh ditukar milik dan tidak oleh ditukar ganti kepada wang ringgit.

7. Runcit Hero (Wira Runcit Sdn Bhd) mempunyai hak untuk menukar, meminda dan/atau mengubah suai mana-mana
    Terma dan Syarat yang ditetapkan di sini dari semasa ke semasa dan sebarang perubahan akan diberi notis terlebih
    dahulu dan diumumkan dalam laman sesawang www.runcithero.my