Berita

200 sukarelawan gotong-royong tanam 600 pokok demi selamatkan hutan paya gambut

Dua ratus sukarelawan termasuk pelajar-pelajar sekolah, masyarakat setempat, Global Environment Centre dan wakil korporat dari BOH dan Gamuda Land, telah berganding bahu untuk menanam 600 pokok Tenggek Burung di sebidang tanah 1 hektar di Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Acara ini bukan sahaja memberikan kesedaran yang amat penting untuk mula berubah, tetapi turut menjadi platform yang baik untuk mendidik orang ramai tentang biodiversiti dan kelestarian pembangunan.

BOH Plantations Sdn Bhd | https://www.facebook.com/BohTeaMalaysia