
‘Apa kata laluan wifi?’ Ini adalah soalan yang paling sering ditanyakan di kafe dan sesetengah kedai. Sebagai peruncit, anda tidak perlu menawarkan wifi kepada pelanggan. Namun, anda mungkin memerlukan akses internet untuk perniagaan, terutamanya jika anda membuat transaksi dalam talian.
Untuk melayari internet, anda memerlukan akses jalur lebar. Secara asasnya, terdapat dua jenis:
1. TALIAN TETAP | 2. TALIAN TETAP MUDAH ALIH | |
---|---|---|
Peranti | ✔ Menggunakan kabel, talian pelanggan digital (DSL) atau modem atau router. ✔ Biasanya dipasang bersama nombor telefon. | ✔ Membolehkan anda mendapat sambungan internet di mana sahaja sama ada melalui: • dongel • wifi mudah alih • telefon mudah alih dengan pelan data |
Liputan | ✔ Menyediakan wifi kepada satu lokasi tetap dan luas. | ✔ Boleh mendapatkan akses di mana sahaja (tahap konsisten data bergantung kepada lokasi) |
Perkong- sian | ✔ Boleh menghubungkan ramai pengguna, jadi kawal dengan kata laluan yang kuat. | ✔ Biasanya tidak melebihi 5 pengguna melalui ‘hotspot’. |
Kelajuan | ✔ Kelajuan rangkaian yang sangat bagus ke cemerlang. ✔ Jarang mengalami ‘lag’ (patah-patah), sesuai untuk penstriman video. | ✔ Kelajuan yang baik dengan 4G/LTE, generasi keempat rangkaian selular. |
Had data | ✔ Kebanyakan pelan data tidak ada had. | ✔ Kebanyakan pelan mempunyai had data ataupun kuota. |
Sesuai untuk anda jika... | … kedai anda memerlukan wifi yang berterusan, tanpa gangguan bagi penggunaan internet yang tinggi. | … anda mengakses internet apabila perlu. |
Penyedia telco popular | ![]() | ![]() |
Internet lebih murah dan pantas
![]() | Pada bulan Julai 2018, TM telah mengumumkan pelan tahap kemasukan jalur lebar sahaja 30Mbps yang baharu pada hanya RM79/sebulan untuk isi rumah dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM4,500. Pelanggan Unifi sedia ada juga akan dinaik taraf kepada 10x lebih kelajuan secara percuma, dengan kuota tanpa had. Pengguna Streamyx sedia ada akan dinaik taraf ke Unifi. |