Makanan & Minuman

Tuna di dalam tin tangkapan terbaik dari laut ke dalam tin

Tuna di dalam tin telah lama menjadi pilihan isi rumah rakyat Malaysia sebagai salah satu pilihan makanan sedia dimakan yang paling mudah untuk sapuan sandwic. Tebal dan penuh rasa, tuna di dalam tin juga berkhasiat dan sangat enak. Permintaan untuk tuna telah meningkat dengan mendadak. Melihat potensi ini, Kementerian Pertanian telah memilih Pelabuhan Penang di Dermaga Air Dalam sebagai pelabuhan bagi pendaratan terbesar tangkapan ikan tuna di negara ini.

Menjelang tahun 2020, Kementerian telah mensasarkan pendaratan 130,000 tan metrik ikan tuna, bernilai 1 bilion Ringgit di Malaysia. Kementerian itu juga mempunyai perancangan untuk mengeluarkan lesen operasi kepada 135 kapal ikan untuk penangkapan ikan di Lautan Hindi[1]
.
Ini merupakan berita baik untuk industri tuna!

KHASIAT TUNA
Tuna adalah sumber ‘lemak baik’ dengan omega-3 DHA dan EPA yang telah dikenalpasti dapat mencegah penyakit jantung koronari, menggalakkan aktiviti saraf, meningkatkan penyerapan vitamin, mengekalkan sistem imunisasi yang sihat dan banyak lagi.

JENIS-JENIS TUNA DI DALAM TIN
Selain daripada tuna tradisional dalam air garam (air masin), variasi lain seperti tuna cili, tuna mayonis dan tuna dalam minyak bunga matahari atau minyak sayuran juga tersedia. Oleh itu, letakkan beberapa stok tin di kedai anda. Rakyat Malaysia gemarkan tuna di dalam tin mereka.

[1]https://www.nst.com.my/business/2017/09/278619/penang-port-set-be-msias-largest-tuna-fish-landing-wharf