Tropicana ingin merangkap tahun 2019 dengan penampilan yang baharu. Bersempena dengan pelancaran kempen “Nikmati Kebaikan Sebenar”, jenama jus tersebut mengumumkan bahawa ia telah menampilkan wajah baharu bagi varian Tropicana Twister yang terdiri daripada Juicy Burst, Epal dan Fruit Pulp.
“Sebagai jenama jus yang terkemuka di negara ini, Tropicana berharap untuk kekal menjadi pilihan utama bagi warga Malaysia,” ujar Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd.
“Kami berharap dengan memperbaharui penampilan perisa Tropicana Twister, kami dapat menarik pengguna untuk merasai Tropicana Twister yang kaya dengan vitamin dan jus semula jadi,” tambah beliau.