iPhone X dan Samsung Note yang terkini berharga ribuan ringgit dan menawarkan paparan infiniti, pengecaman wajah dan banyak lagi. Namun, adakah anda benar-benar memerlukan ciri-ciri yang mahal seperti itu? Mungkin tidak. Mari lihat ciri-ciri yang cukup bagus untuk telefon bagi tujuan perniagaan.
Tips Pengemasan
- Tutup semua aplikasi selepas digunakan bagi membebaskan memorinya.
- Buang mesej, gambar dan video yang tidak diingini atau pindahkan ke komputer.
- Bersihkan ‘cache’* – terdapat beberapa aplikasi yang boleh memudahkan proses ini, seperti CCleaner.
- Melakukan ‘backup’ kenalan, mesej dan data secara automatic melalui akaun gmail (Android) atau iTunes (iOS) – lakukan sebelum terlambat!
*Cache adalah maklumat yang disimpan oleh telefon pintar di suatu tempat untuk diakses kemudian.