Selepas kejayaan pelancaran Pepsi Black, minuman berkarbonat yang terkenal di dunia kini memperkenalkan produk terbaharunya, Pepsi Black Vanila yang dijamin tanpa kalori. Pepsi Black yang asli telah menyusun kedudukannya dalam carta kegemaran isi rumah Malaysia dengan menjadi produk No. 1 dalam segmen tanpa gula dalam kategori Minuman Ringan Berkarbonat (CSD)! Ini seterusnya memantapkan pegangan Pepsi dalam industry F&B Malaysia kerana ia mengambil kira perubahan sikap dan keutamaan pengguna untuk memilih minuman sihat.
Pengguna boleh mendapatkan Pepsi Black Vanila di serata negara termasuk kedai runcit dalam saiz PET 400ml. Botol PET1.5L akan mula dijual bermula April 2019.