Rencana

Berubah Seiring Zaman

Apabila keperluan pembeli menjadi semakin khusus, format baru kedai runcit mula muncul.

Lanskap penjualan runcit di Malaysia telah menyaksikan banyak perubahan sepanjang 15 tahun yang lalu. Pada tahun 1990-an, walaupun kedai runcit dikunjungi oleh penduduk setempat, pasaraya memberikan mereka pengalaman yang berbeza dari segi kemudahan dan kepelbagaian.

Apabila menjelang tahun 2000, populasi penduduk di bandar melonjak naik dan pasaraya hiper mula mendominasi lanskap ini. Ia bersaiz besar, menawarkan barangan runcit dan bukan runcit di bawah satu bumbung. Ketika itu, trend menjurus kepada tempat membeli-belah yang besar.

Namun, sejak 3 tahun kebelakangan ini, ramai peruncit membawa pembeli kembali ke kawasan kejiranan mereka. Kedai-kedai serbaneka mula muncul di setiap sudut dan ada juga pasaraya hiper yang membuka kedai format yang lebih kecil di lot-lot kedai.

Seiring dengan perubahan ini, ramai peruncit telah menyedari bahawa pembeli di kawasan kejiranan mempunyai keperluan yang khusus. Kejayaan mereka terletak pada kebolehan mereka memberikan ‘pengalaman yang disesuaikan’ kepada pembeli. Mari kita lihat beberapa contoh dan bagaimana ia telah mula mengubah lanskap penjualan runcit.

Disesuaikan Mengikut Pelanggan

Sejak dua tahun lalu, banyak perkara telah mengubah tabiat pengguna. GST telah dilaksanakan dan pembelian dalam talian semakin popular. Namun begitu, kaji selidik global mendapati bahawa 55% pembeli masih memilih untuk membeli di kedai.

Pengguna hari ini memerlukan motif untuk melawat kedai anda kerana mereka boleh mendapatkan banyak maklumat mengenai produk yang ada dalam talian. Sebuah kajian mendapati bahawa 69% pembeli menyatakan pembelian mereka dipengaruhi oleh ulasan dalam talian. Oleh itu, pembeli kini mengharapkan tahap harga, perkhidmatan dan promosi kerana ia akan menggalakkan mereka untuk terus mengunjungi kedai anda.

Oleh demikian, sejenis kelompok kedai runcit yang baru telah muncul. Untuk menarik pelanggan ke kedai, mereka menyesuaikannya dengan gaya hidup, keperluan dan tabiat pembeli. Tambahan pula, peruncit juga mementingkan beberapa perkara seperti kemudahan, kesegaran dan harga yang berpatutan. Berikut adalah beberapa contoh:

Pasar mini di pinggir bandar – Jazco Speedmart

Jazco Speedmart mempunyai lima cawangan di bandarbandar yang berdekatan di antara satu sama lain iaitu di Banting, Jenjarom dan Seri Dagang. Susun atur ini membuatkan ia agak unik kerana penduduk boleh pergi ke salah satu Jazco Speedmart yang banyak didapati di kawasan tersebut.

Jualan borong untuk pengguna- Pasaraya CS

Memilih untuk tidak mengekalkan saiz kedai yang kecil, Pasaraya CS berkembang dengan membuka empat cawangan di mana setiap satu darinya mengambil 5-7 lot kedai. Cawangan mereka di Cheras merupakan kedai jualan borong yang menawarkan pengguna barangan segar pada harga yang cukup menarik.

Pekerja asing sebagai pembeli – Pasar Mini Barona Maju

Seperti yang dipaparkan dalam keluaran yang lalu, Barona Maju adalah sebuah kedai yang kecil di Batu Caves yang berjaya menarik pembeli warga Indonesia di kawasan tersebut. Dari minuman hingga jamu, kebanyakan produk di kedai ini berasal dari Indonesia.

Perdagangan moden – Jaya Grocer

Sektor perdagangan moden juga mengikut aliran jenis kedai runcit yang disesuaikan mengikut pelanggan. Kedai runcit moden ini mensasarkan pembeli berpendapatan tinggi atau golongan ekspatriat kerana mereka menawarkan pelbagai produk import dan premium.

“Seseorang usahawan sentiasa mencari maklumat mengenai perubahan, bertindak balas terhadapnya, dan menggunakannya untuk mendatangkan manfaat kepadaperniagaan beliau.” -Peter Drucker

Apa Yang Boleh Dipelajari

Lanskap penjualan runcit di masa hadapan kelihatan semakin menarik. Jika wujudnya peluang untuk berkembang, peruncit akan mengambil kesempatan daripada persekitarannya untuk berjaya. Di sektor tradisional, kita telah melihat kewujudan format kedai yang baru. Secara amnya, kedaikedai ini mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Mensasarkan jenis pembeli tertentu dan menyesuaikan mengikut golongan tersebut.

2. Bersaiz kecil hingga sederhana untuk pengalaman yang lebih peribadi.

3. Strategik dari segi pembukaan cawangan baru dan lokasi kedai, tidak semestinya di
pusat bandar.

4. Berfikiran terbuka untuk menjual produk baru serta mengamalkan kaedah baru
untuk berniaga.

5. Mengikuti arus perubahan.[/box]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *