Encik Yap Mow Chai menguruskan Pasaraya Jimat Sg Siput, sebuah kedai runcit yang dibuka lebih 5 tahun dahulu di bandar Sungai Siput, Perak. Menariknya, sebuah pasaraya besar yang terletak di hadapan kedainya dan telah beroperasi lama sebelum Encik Yap membuka kedai di situ. Kami bertanyakan Encik Yap mengapa beliau membuat keputusan untuk membuka kedai dalam jarak yang begitu dekat dengan pesaingnya dan bagaimana beliau berjaya melakukannya.
RMM: Mengapakah anda membuka Pasaraya Jimat Sg Siput begitu dekat dengan sebuah pasaraya hiper?
Pada awalnya saya menguruskan Kedai Chop Swee Hin Chan yang diwarisi dari ayah saya lebih 30 tahun dahulu. Saya memperbesar kedai tersebut dan apabila perniagaan berkembang, saya membuka Pasaraya Jimat Sg Siput pula. Saya memilih lokasi ini walaupun dekat dengan pesaing kerana saya percaya ia adalah kawasan yang sesuai dan saya juga ditawarkan harga yang baik. Saya tidak bimbang kerana pelanggan dari kedai pertama saya masih datang ke Pasaraya Jimat Sg Siput.
RMM: Bagaimanakah anda menghadapi persaingan?
Saya meninjau kedai-kedai lain untuk membandingkan harga dan produk yang mereka jual. Harga adalah faktor yang sangat penting, inilah sebabnya kami menawarkan harga Encik Yap Mow Chai menguruskan Pasaraya Jimat Sg Siput, sebuah kedai runcit yang dibuka lebih 2 tahun dahulu di bandar Sungai Siput, Perak. Menariknya, sebuah pasaraya besar yang terletak di hadapan kedainya dan telah beroperasi lama sebelum Encik Yap membuka kedai di situ. Kami bertanyakan Encik Yap mengapa beliau membuat keputusan untuk membuka kedai dalam jarak yang begitu dekat dengan pesaingnya dan bagaimana beliau berjaya melakukannya. Berdepan Dengan PERSAINGAN yang sangat rendah dan sentiasa mengadakan promosi menarik. Pelanggan kami sentiasa membandingkan harga sebelum membeli. Kami juga menawarkan pelbagai rangkaian produk dan jenama terkenal supaya pelanggan boleh mendapatkan semua yang mereka perlukan di sini. Selain itu, kami juga menjual secara borong kepada perniagaan-perniagaan berdekatan contohnya restoran-restoran di sini.
RMM: Kedai ini terdiri daripada 4 buah lot. Bagaimanakah anda menguruskannya dan kedai yang satu lagi?
Saya menguruskan Kedai Chop Swee Hin Chan bersama isteri manakala abang saya menguruskan Pasaraya Jimat Sg Siput. Pada awalnya agak sukar kerana kami tidak mempunyai pekerja yang baik. Akhirnya, kami berjaya mendapatkan pekerja yang baik dan melatih mereka dengan betul dan ini menjadikan perniagaan lebih mudah. Memodenkan perniagaan dengan menggunakan sistem POS untuk pembayaran dan pengurusan stok juga penting kerana ini menjadikan operasi perniagaan lebih cekap.