FAQ/Soalan Lazim – Program MAIWP Kasih Asnaf 2022

1. Apakah itu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan?

Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang dinamis dan progresif yang sentiasa mencari keredhaan Allah. Memupuk keimanan dan mengukuhkan ukhuwwah Islamiah di kalangan orang-orang Islam di Wilayah Persekutuan khasnya dan Malaysia amnya bagi mencapai perpaduan ummah. Memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat Islam. Melaksanakan usaha-usaha menambah harta MAIWP melalui pelaburan dan usaha-usaha halal yang lain bagi faedah umat.

2. Bagaimanakah agihan Bantuan Pakaian & Peralatan Sekolah dijalankan pada tahun 2022?

MAIWP pada tahun ini telah memudahkan proses pengagihan bantuan pakaian dan peralatan persekolahan bagi sesi 2022. Para penerima boleh membeli pakaian dan peralatan sekolah di atas talian melalui aplikasi Boost dengan menggunakan Dompet MAIWP.

3. Apakah itu Boost?

Boost adalah aplikasi dompet mudah alih yang bertujuan untuk merevolusikan cara anda berurusan di dunia semakin digital dan mudah alih hari ini. Dengan aplikasi Boost, anda boleh membayar menggunakan telefon bimbit anda tanpa kerumitan menggunakan tunai fizikal.

4. Bagaimanakah penerima bantuan boleh dapatkan Dompet MAIWP melalui aplikasi Boost?

Langkah pertama adalah untuk memuat turun aplikasi Boost di dalam Apple AppStore, Google Playstore atau HuaWei App Gallery. Selepas itu, anda perlu mendaftar akaun Boost dan mengesahkannya melalui eKYC (electronic know your customer).

Sila rujuk pautan untuk langkah-langkah di atas.

5. Apakah itu Dompet MAIWP?

Setelah mendaftar akaun Boost dan menjalankan eKYC, para penerima akan menerima ‘My Partner Wallet’ melalui Dompet MAIWP mengikut jumlah yang diluluskan oleh MAIWP kepada setiap penerima.

6. Bilakah tarikh luput Dompet MAIWP?

Dompet MAIWP haruslah digunakan dalam tempoh 28 Februari 2022 hingga 30 April 2022. 

7. Bolehkah saya menggunakan dompet MAIWP untuk pembelian barangan-barangan umum yang ada di dalam Boost?

Tidak. Anda hanya boleh membeli barang-barangan yang disenarai lulus oleh pihak MAIWP iaitu barangan pakaian dan peralatan sekolah sahaja.

8. Apakah kemungkinan yang terjadi sekiranya saya tidak membeli barangan wajib terlebih dahulu?

Melalui pembelian atas talian dalam aplikasi Boost, sistem akan menyarankan pengguna untuk melengkapkan pembelian barangan wajib terdahulu sebelum barangan keperluan peralatan sekolah yang lain. Sila rujuk pautan  untuk senarai barangan wajib dan pilihan.

9. Apakah akan terjadi jika perbelanjaan melebihi jumlah yang diberikan oleh pihak MAIWP?

Anda haruslah menambah dengan wang sendiri (melalui ‘main wallet’) atau mengurangkan barang pembelian.

10. Bagaimanakah boleh saya melakukan penambahan ‘main wallet’?

Penambahan boleh dilakukan melalui kad kredit/debit dan online banking menerusi aplikasi Boost. Sila rujuk pautan

11. Adakah saya boleh memilih mana-mana kedai/pasaraya untuk pembelian

Sila rujuk pautan untuk senarai pasaraya terpilih untuk membuat tebusan.

12. Dimanakah saya boleh menempah pakaian seragam sekolah bagi saiz yang tidak dijual dikedai / pasaraya?

Untuk tempahan size yang tidak dijual di kedai/pasaraya, anda boleh mengunjungi pembekal Quality Textile (No. 2 & 4, Blok, 3, Jalan Jujur 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur)

13. Apakah kaedah pengambilan bagi pembelian atas talian melalui aplikasi Boost?

Penyerahan di kaunter di kedai terpilih atau pengambilan di lokasi MyPosPay terpilih.

14. Adakah saya akan dikenakan sebarang kos penghantaran melalui kaedah pengambilan di lokasi?

Tidak, penghantaran ke lokasi MyPosPay terpilih adalah percuma.

 

Bolehkah saya membatalkan pembelian saya?

Ya, anda boleh batalkan dalam tempoh 48 jam dari masa transaksi dilakukan.

 

16. Di manakah boleh saya melihat transaksi yang telah dilakukan?

Anda boleh melihat transaksi yang telah dilakukan dalam aplikasi Boost (melalui laman transaksi)

17. Siapakah boleh saya hubungi untuk soalan dan penerangan lanjut tentang program ini?

Pembelian, produk & penghantaran :  +6013 228 8680 (Whatsapp/Telefon)

Dompet MAIWP : [email protected] (e-mel)

Status bantuan MAIWP : https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/