Tips untuk memilih telefon pintar untuk perniagaan

iPhone X dan Samsung Note yang terkini berharga ribuan ringgit dan menawarkan paparan infiniti, pengecaman wajah dan banyak lagi. Namun, adakah anda benar-benar memerlukan ciri-ciri yang mahal seperti itu? Mungkin tidak. Mari lihat ciri-ciri yang cukup bagus untuk telefon bagi tujuan perniagaan.

Bahagian Keterangan Saranan kami

MEMORI

• Random Access Memory, atau RAM. • Tempat sementara untuk memproses aplikasi-aplikasi • 2GB atau lebih.

MEMORI DALAMAN

• Ruang untuk menyimpan gambar, video, fail atau apa-apa sahaja yang kekal. • 32GB atau lebih.

SKRIN

• Kini diperbuat daripada kaca AMOLED, LCD dan Gorilla untuk ketajaman dan kejelasan imej. • 5.3 inci diameter atau lebih supaya senang melihat benda-benda kecil.
• Resolusi 1080p atau lebih.
• Kecerahan automatic.

KAMERA

• Kini mempunyai dua lensa, penapis khas dan macam-macam lagi berkebolehan mengambil gambar dengan kualiti yang baik. • Sekurang-kurangnya:
- Kamera belakang – 10MP
- Kamera hadapan – 4MP (bagus untuk swafoto atau ‘selfie’)!
• Boleh mengambil gambar waktu malam atau ketika kurang cahaya

 

Tips Pengemasan

  1. Tutup semua aplikasi selepas digunakan bagi membebaskan memorinya.
  2. Buang mesej, gambar dan video yang tidak diingini atau pindahkan ke komputer.
  3. Bersihkan ‘cache’* – terdapat beberapa aplikasi yang boleh memudahkan proses ini, seperti CCleaner.
  4. Melakukan ‘backup’ kenalan, mesej dan data secara automatic melalui akaun gmail (Android) atau iTunes (iOS) – lakukan sebelum terlambat!

 

*Cache adalah maklumat yang disimpan oleh telefon pintar di suatu tempat untuk diakses kemudian.