fbpx

Sos Puri & Tomato

Feb 15, 2019 | Makanan & Minuman

 

Sos dan puri berasaskan tomato adalah ramuan yang terkenal dalam masakan Barat. Ia digunakan sebagai pencicah dan asas untuk sesuatu masakan. Disebabkan rasanya yang manis dan masam, sos dan puri tomato juga banyak digunakan dalam masakan tempatan.

Melayu

• Masak Merah • Nasi Tomato • Bihun Tomato

 

Cina

• Sos Masam Manis • Sos Telur Tomato • ‘Chicken Chop’ Hainan

India

• Tikka Masala • Kari Tomato

Barat

• Bolognese • Marinara

 

Serupa Tapi Tak Sama

Sos dan puri tidak sama dan berikut adalah perbezaannya:

Sos

Mempunyai tekstur yang cair dan dihasilkan daripada tomato yang ditapis atau puri yang ditambah bahan perasa.

Puri

Mempunyai tekstur yang pekat dan dihasilkan daripada tomato yang dimasak dan ditapis (adakalanya dengan tomato yang dipotong dadu).

Ketahui Sais Yang Betul

Sos dan puri tomato datang dalam pelbagai saiz bungkusan untuk memenuhi keperluan yang berbeza. Berikut adalah pilihan saiz yang ada: