Wira

MENARIK GOLONGAN PELAJAR

Lokasi Gani Maju Store ialah berhampiran Universiti Putra Malaysia. Ia terletak di antara sebuah masjid dan kuil Hindu, dan berjiran dengan sebuah warung dan tadika. Kami bertemu dua beradik yang menguruskan Gani Maju Store: Encik Mohamad Gani bin Mohamed Ebrahim dan Encik Syed Abu Tahib bin Mohamed Ebrahim mengenai kedai menarik mereka yang berwarna merah jambu.

Gani Maju Store berwarna merah jambu!


Bila dan bagaimana perniagaan ini bermula?
Arwah bapa saya memulakan kedai ini 50 tahun lalu dengan bantuan Kerajaan British yang menawarkan lot tanah kecil kepada beliau. Ia dinamakan sempena sepupu kami, Osman Sahib. 15 tahun lalu, barulah namanya ditukar kepada Gani Maju Store. Ia sememangnya perniagaan keluarga kami.

Siapakah pelanggan-pelanggan utama anda?
Majoriti pelanggan kami terdiri daripada golongan pelajar kerana ada banyak sekolah di kawasan ini. Terdapat sebuah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Ibu bapa pelajar juga datang membeli di kedai kami. Ada juga pelanggan yang datang dari Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Kedai ini menawarkan pelbagai jenis alat tulis dan konfeksi untuk pelajar-pelajar sekolah.


Apa pendapat anda mengenai kempen pengaktifan di kedai yang dijalankan oleh Runcit Media?
Kempen ini membawa ramai pelajar ke kedai kami! Mereka datang ke sini untuk mendapatkan minuman dengan menebus baucar. Kempen ini sangat terkenal dan sambutannya sangat memberangsangkan. Ia adalah cara yang baik untuk memperkenalkan jenama minuman-minuman kepada pelanggan. Kami sangat gembira kerana dapat mengambil bahagian di dalam kempen ini. Kami mengalu-alukan kempen seperti ini di masa hadapan kerana ia memberi manfaat kepada perniagaan kami.

Apakah nasihat anda kepada peruncit-peruncit lain?
Bekerjalah dengan bersungguh-sungguh dan jangan simpan terlalu banyak stok. Kedai kita kecil sahaja!

Kedai ini kecil tetapi kemas dan mempunyai stok yang baik.



Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *