Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia 2019

Jul 9, 2019 | Berita

Lindungi Usus Anda untuk Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia

Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia 2019 (WDHD 2019) diadakan pada 25 Jun baru-baru ini, dengan dua badan yang memperjuangkan kesihatan usus selama ini – Persatuan Kesihatan Penghadaman Malaysia (DHM) dan Program Penghadaman Sihat VITAGEN (VHDP) – berganding bahu sekali lagi untuk mendidik dan memperkasa rakyat Malaysia dalam menjaga kesihatan penghadaman.

Acara pelancaran media yang membincangkan isu-isu kesihatan sistem penghadaman ini diadakan di WORQ KL Gateway, Bangsar South.

Masalah kesihatan penghadaman yang paling umum ialah tabiat memakan makanan tidak sihat. Ditambah dengan gaya hidup sedentary, gabungan kesemuanya boleh meningkatkan risiko pelbagai gangguan dan penyakit sistem penghadaman dan penyakit tidak berjangkit.

Penjagaan usus yang memadai?

Pengerusi DHM, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan memulakan forum tersebut dengan mengingatkan bahawa dengan prevalens masalah, gangguan dan penyakit penghadaman yang tinggi di negara ini.

“Kesihatan penghadaman kita tidak harus diambil ringan. Acara seperti Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia berguna dalam menyedarkan orang awam tentang ‘penganiayaan’ yang mereka lakukan kepada kesihatan penghadaman mereka,” kata Dr Radzi.

Pengesanan Awal & Gaya Hidup Sihat

Prof Dr Raja Affendi Raja Ali, Timbalan Pengerusi DHM dan Pakar Perunding Gastroenterologi, berkata: “Rakyat Malaysia tidak sedar tentang status kesihatan penghadaman mereka kerana tidak melakukan pemeriksaan kesihatan secara kerap. Masih ramai yang menganggap gangguan penghadaman sebagai sakit perut biasa atau hanya ‘sesuatu yang saya makan’ dan biarkan begitu sahaja.”

Datuk Dr Radzi menyatakan bahawa kanser kolorektal merupakan kanser nombor 1 dalam kalangan lelaki, dan nombor 2 dalam kalangan wanita. Beliau berkata, “Berita baiknya, kanser kolorektal boleh dicegah!”

Pakar Perunding Pembedahan Am dan Ahli Majlis DHM, Dr Lee Hock Bee mengingatkan bahawa pengesanan awal kanser sememangnya dapat meningkatkan peluang hidup seseorang.

Dr Tee E Siong, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dan Ahli Majlis DHM, berkongsi tentang kepentingan pemakanan yang sihat. Beliau berkata dengan peningkatan kadar obesiti, tahap kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi, ia jelas bahawa rakyat Malaysia sememangnya tidak mengamalkan tabiat makan secara sihat.

Dr Tee mempercayai mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Dari Kiri ke kanan: Dr Lee Hock Bee, Ahli Majlis Persatuan Kesihatan Penghadaman Malaysia, Dr Tee E Siong, Ahli Majlis Persatuan Kesihatan Penghadaman Malaysia, Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Pengerusi Persatuan Kesihatan Penghadaman Malaysia, Prof Dr Raja Affendi bin Raja Ali, Timbalan Pengerusi Persatuan Kesihatan Penghadaman Malaysia, Encik Poh Eng Lip, Pengurus Besar VITAGEN

Amalan gaya hidup sihat termasuklah mengamalkan tabiat pemakanan baik, sentiasa aktif secara fizikal dan menjauhi daripada tabiat buruk.

Sokongan korporat untuk komuniti

Sebagai usaha untuk menyumbang kepada komuniti, VITAGEN turut menyebarkan mesej untuk menjaga usus, terutamanya melalui Program Penghadaman Sihat VITAGEN atau VHDP.

En Poh Eng Lip, Pengurus Besar VITAGEN, menekankan pendirian VITAGEN: “Sebagai minuman susu berkultur nombor 1 di Malaysia, kami berbesar hati menyokong badan pakar profesional seperti DHM bagi memperkasa orang awam ke arah kesihatan penghadaman lebih baik.”

Semasa acara itu, kedua-dua DHM dan VHDP melancarkan kempen “Menjaga Usus Anda dengan Probiotik & Pengesanan Awal” sempena WDHD 2019. Kempen itu akan menyaksikan usaha bersepadu oleh kedua-dua pihak untuk menyampaikan mesej tentang mengawasi usus kita, dan juga pengesanan awal bagi kanser kolorektal, dan kelebihan probiotik. Kempen inklusif ini bermatlamat untuk mendapat sokongan penyokong yang akan mempengaruhi orang lain untuk memainkan peranan aktif dalam perjuangan ini.

Ahli pakar DHM akan menyebarkan maklumat tentang kesihatan sistem penghadaman sepanjang kempen ini. Pakar-pakar DHM bersama dengan VITAGEN akan mengambil peranan utama langkah pertama sebagai Guardian of the Gut, untuk memperkasa ibubapa, guru dan diri kita dengan pengetahuan dan ilmu untuk menjadi penjaga kesihatan sistem penghadaman kita sendiri.

En Poh berkata: “Di samping anjuran bersama sambutan ini dan jerayawara (roadshows) WDHD di seluruh negara, kami juga akan menaja dan mengagihkan kit ujian darah tinja kepada orang awam.”

Kit ujian darah tinja digunakan bagi menguji darah di dalam najis, iaitu salah satu kemungkinan gejala kanser kolorektal.

VHDP yang sudah bertahun bekerjasama secara rapat dengan DHM akan menambah “program tadika anak angkat” ke dalam senarai aktivitinya. Program ini bertujuan memupuk tabiat pemakanan yang baik dalam diri kanak-kanak sejak kecil, dengan harapan tabiat itu kekal sepanjang hidup. Ia akan dijalankan dengan menggunakan buku skrap dengan nasihat dan ajaran pakar pemakanan dan guru tadika yang akan membantu serta memantau pembelajaran tersebut. Minuman VITAGEN juga akan diberikan secara percuma sepanjang program ini.