fbpx

1. Apakah itu Runcit Hero?

Ia merupakan komuniti dalam talian dan e-niaga B2B untuk peruncit-peruncit bersaiz kecil hingga sederhana seperti anda untuk menikmati pakej produk dan tawaran, menikmati pelbagai ganjaran dan akses kepada Program Peruncit dan Pembekal dalam satu platform.

2. Apakah jenis perniagaan yang layak untuk menjadi ahli Runcit Hero?

Runcit Hero adalah terbuka kepada semua perniagaan yang sah dan akan menumpukan terutamanya kepada kedai-kedai runcit. Lain-lain perniagaan seperti farmasi, restoran, kafe siber, pejabat-pejabat korporat dan lain-lain boleh juga mendaftar.

3. Apakah jenis-jenis produk yang boleh saya dapati di e-Niaga Runcit Hero?

Kebanyakannya merupakan produk-produk pengguna cepat laris (FMCG) daripada pengeluar-pengeluar Multinasional dan Tempatan selain produk-produk seperti farmaseutikal, perkakasan dan lain-lain. Kami juga akan bekerjasama dengan pembekal untuk menawarkan produk pakej yang sesuai.

4. Apakah Kuantiti Pesanan Minimum (MOQ)?

Anda boleh membeli serendah 1 karton atau 1 pakej. Untuk menikmati caj penghantaran yang lebih baik atau penghantaran percuma (tertakluk kepada produk-produk tertentu), anda perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM100.

5. Berapakah caj penghantaran yang dikenakan?

Bagi mengurangkan caj penghantaran yang perlu anda bayar, Runcit Hero akan memberi subsidi untuk berat yang tertentu. Maklumat lanjut akan diberikan selepas platform ini dilancarkan.

6. Bilakah saya akan menerima penghantaran sekiranya saya membuat pesanan sekarang?

Tempoh penghantaran bergantung kepada kawasan. Hari penghantaran yang dijadualkan ialah Isnin, Rabu dan Jumaat. Tempoh penghantaran adalah dalam 7 hari bekerja.

7. Bolehkah saya memulangkan stok yang telah dibeli?

Bagi pihak pengeluar, pemulangan tidak diterima kecuali jika stok yang diterima rosak atau ada barang yang tiada di dalam bungkusan tersebut. Jikalau stok yang diterima rosak atau ada barang yang tiada di dalam bungkusan tersebut, sila tolak stok semasa penerimaan. Anda perlu menghubungi kami secepat mungkin dan kami akan membuat siasatan dengan agensi logistik sebelum memaklumkan kepada anda mengenai status pemulangan.

Kami juga menimbang membenarkan polisi pemulangan untuk produk-produk tertentu berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat. Bagaimanapun, lebih informasi hanya akan dimaklumkan kemudian.

8. Bagaimana jikakalau kami menerima stok stok yang telah tamat tempoh?

Ia adalah terma wajib kepada pembekal-pembekal untuk menjual stok yang tidak luput stok dalam platform kami.

9. Siapakah yang akan menghantar pesanan saya?

Runcit Hero bekerjasama dengan pelbagai agensi logistik untuk menghantar pesanan ke kedai anda.

10. Adakah harga-harga yang ditawarkan oleh Runcit Hero lebih murah daripada pengedar/pemborong?

Kami akan menawarkan anda harga-harga yang disarankan secara rasmi oleh pengeluar. Berdasarkan jumlah yang semakin meningkat, pelbagai tawaran dagangan dan pelancaran produk baru akan turut ditawarkan kepada ahli-ahli Runcit Hero.

11. Saya sudah mempunyai pembekal-pembekal sedia ada yang membekalkan stok kepada saya. Bagaimanakah saya boleh mendapat manfaat daripada Runcit Hero?

Ia hanyalah sah untuk anda mendapatkan kredit terma daripada pembekal untuk membeli kuantiti yang banyak contohnya 5 karton atau lebih daripada pembekal tertentu. Melalui Runcit Hero, kami tidak menetapkan syarat bahawa anda mesti membeli 5 karton atau lebih. Anda boleh membeli serendah RM100 nilai produk sahaja. Selain itu, Runcit Hero akan menawarkan produk pakej yang sesuai di e-Niaga seperti 1 pakej 12 tin Wonda Premium Kopi + 12 tin Wonda Teh Tarik. 

Runcit Hero adalah platform alternatif bagi anda untuk menambah atau membeli stok. Anda masih dinasihatkan mendapatkan stok anda daripada pembekal-pembekal anda dan memilih untuk membeli daripada Runcit Hero terutamanya jika anda hanya memerlukan stok kuantiti yang lebih kecil atau memerlukan stok dengan segera sekiranya pembekal tidak dapat menghantar stok atau jika had kredit anda tercapai tetapi anda masih ingin membuat pembelian.  

Jika anda ingin membeli kuantiti yang banyak secara kredit, kami mempunyai program dimana kami akan menyambungkan anda kepada pembekal-pembeka tertentu untuk membuka akaun dengan syarat anda memenuhi terma-terma pembukaan dan kredit akaun yang diberikan.

12. Saya begitu biasa dengan khidmat jurujual untuk mengambil pesanan untuk saya kerana saya tidak tahu stok mana yang kurang ataupun stok yang perlu dijual. Bagaimanakah saya boleh mendapat manfaat daripada Runcit Hero?

Sila alu-alukan perkhidmatan daripada jurujual anda. Runcit Hero tidak akan menggantikan jurujual anda. Ia juga dinasihatkan bahawa anda sedar mengenai pemegangan stok anda dan tidak bergantung sepenuhnya kepada jurujual kerana anda tidak ingin memegang lama stok yang tidak bergerak pantas di dalam kedai anda. Stok yang bergerak lebih pantas di edai A tidak bermakna ia boleh bergerak sepantas di Kedai B. Pada akhirnya, orang yang mengendali kedai operasi dan menentukan pertumbuhan jualan kedai adalah pemilik kedai, bukannya jurujual. 

Terdapat beberapa peruncit yang tidak bernasib baik menghadapi perkhidmatan jualan yang tidak memuaskan dimana stok ditolak ke kedai mungkin tidak dapat bergerak pantas atau laris. Jadi, bagaimana anda boleh mengetahui stok apa adalah baik untuk kedai anda? Berdasarkan kepada pengalaman anda mengendalikan kedai, mengenali para pelanggan anda, pemerhatian dari kedai-kedai lain dan persekitaran, melalui jurujual yang mengambil masa untuk berkongsi dengan anda ataupun dengan rujukan daripada Runcit Hero. 

Daripada Runcit Hero, anda boleh mengetahui produk baru terkini dan akan datang dan anda boleh menyemak dengan jurujual anda jika produk tertentu tidak ditawarkan kepada anda. Runcit Hero adalah platform alternatif untuk anda untuk membeli stok dalam kuantiti yang kecil dengan harga yang setimpal dengan kuantiti pembelian dan tidak payah untuk mencari stok di pasaraya moden. Kadang-kala, anda mungkin ingin membeli stok dalam kuantiti yang lebih kecil untuk mencuba pengerakan dan penjualan stok tersebut di kedai anda sebelum mengikat kuantiti yang banyak dengan pembekal anda. Jadi, anda boleh membeli dalam kuantiti yang lebih kecil daripada Runcit Hero jika pembekal anda hanya boleh menjual dalam kuantiti pesanan yang minima (MOQ). Selain itu, anda akan diberi pulangan tunai kembali kredit (cash back credits) ke dalam digital dompet anda untuk pembelian yang dibuat.

13. Saya tidak mempunyai masa untuk daftar masuk untuk menyemak dan menjejak pembelian saya.

Pemberitahuan akan dihantar kepada anda apabila pembelian anda sedang diproses dan telah dihantar keluar. Selain itu, Runcit Hero bukanlah hanya platform untuk membeli produk dan melihat pembelian anda sahaja.

1. Setiap ahli yang berdaftar akan mempunyai sebuah digital dompet Hero Pay (yang didaftarkan dengan akaun bank) di mana tidak lama lagi, anda boleh menerima dan menyemak ringkasan terkini media sewa pembayaran anda kerana bank akan mengehadkan pemprosesan cek yang akan menyebabkan kelewatan dalam pembayaran.

2. Kami menggalakkan anda semak seimbas e-Niaga untuk tawaran baik dan pelancaran produk baru jika ingin mengetahui dengan lebih awal. Contohnya: Pada bulan Februari, anda akan dimaklumkan bahawa Pepsi baru akan dilancarkan pada bulan Mac dan bukannya terjumpa dalam iklan atau melalui jurujual (sekiranya anda dimaklumkan) yang biasanya akan dimaklumkan di peringkat kemudian atau selepas ia dilancarkan.

3. Program boleh diaturkan untuk membenarkan ahli-ahli memasukkan pembelian komited untuk menikmati pembelian awal. Ini boleh membantu anda dalam perancangan stok, pengurusan aliran tunai dan operasi kedai yang lain. Bak kata pepatah, burung yang bangun dan terbang lebih pagi akan mendapatkan cacing lebih banyak.

14. Apa itu Hero Pay?

Hero Pay adalah sebuah dompet digital. Setiap ahli yang berdaftar akan mempunyai sebuah dompet digital yang didaftarkan di bawah akaun bank yang diberikan. Hero Pay membolehkan anda:

  1. Membuat pembayaran dengan kredit tersedia atau Kad Kredit/ Debit atau Pemindahan Bank
  2. Terima media sewa pembayaran anda.
  3. Semak penyata media sewa pembayaran anda.

15. Produk yang saya mahu tiada dalam e-niaga anda. Bolehkah saya mencadangkannya?

Sudah tentu. Kami akan menyediakan ruangan di mana anda boleh memberikan maklum balas mengenai produk-produk yang anda ingin kami bekalkan.

16. Apakah itu Program Peruncit dan Pembekal?

Runcit Hero adalah lebih daripada sekadar platform untuk membeli produk. Runcit Hero akan bekerjasama dengan pembekal-pembekal untuk mencipta dan menawarkan program kepada para peruncit dengan lebih mudah dan segera:

  1. Anda akan dimaklumkan mengenai produk baru akan datang dan promosi perdagangan.
  2. Anda boleh bekerjasama dengan seluruh ahli Runcit Hero untuk mendapatkan jumlah beli tawaran bagi pembelian secara kumpulan untuk produk baru /produk yang laris, yang biasanya ditawarkan kepada kedai-kedai rantaian sahaja.
  3. Anda boleh mendapatkan kedai dipasang dengan POSMs dan sekunder paparan (i.e: standee, counter top) yang ditawarkan oleh pembekal.
  4. Anda boleh mendapatkan kedai diaktifkan dengan promosi konsumer (i.e pertandingan, harga promosi, program penebusan) yang ditawarkan oleh pembekal.
  5. Anda boleh meminta untuk membuka akaun dengan pembekal tertentu.
  6. Ingin memodenkan atau meningkatkan kedai anda dengan teknologi yang munasabah dan sedia ada? Anda boleh mendapatkan kedai diaktifkan dengan POS, e-pembayaran dan lain-lain.

 …..dan banyak lagi.

17. Kenapa saya perlu mendaftar dan mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan?

Runcit Hero adalah hanya untuk pemilik perniagaan yang sah. Kita tidak mahu sebarangan individu atau pengguna mendapat akses kepada semua manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan oleh Runcit Hero. Dokumen-dokumen perniagaan yang diperlukan adalah untuk kami mengesahkan pendaftaran anda setiap ahli berdaftar akan mempunyai digital Hero Pay di mana ia akan memudahkan pembelian barangan dan perkhidmatan, termasuk pindahan dana dalam talian. Oleh itu, ia adalah satu keperluan asas daripada institusi kewangan yang perlu dipatuhi untuk mencegah penipuan, penyalahgunaan dan perkara-perkara di luar dugaan.

18. Dokumen-dokumen apa yang perlu saya kemukakan?

Jika anda adalah pemilik perniagaan dan warganegara Malaysia

  1. Salinan SSM
  2. Salinan IC anda
  3. Salinan Penyata Bank Syarikat atau Pemegang Akaun yang Didaftar

Jikaanda adalah orang yang ditetapkan, mempunyai kuasa dalam operasi perniagaan dan pembayaran dan adalah warganegara Malaysia:

  1. Salinan SSM
  2. Salinan IC Pemilik Perniagaan
  3. Salinan IC anda
  4. Salinan Penyata Bank Syarikat atau Pemegang Akaun yang Didaftar

Jika anda adalah orang yang ditetapkan, mempunyai kuasa dalam operasi perniagaan dan pembayaran dan bukan warganegara Malaysia

  1. Salinan SSM
  2. Salinan IC Pemilik Perniagaan
  3. Salinan Pasport anda
  4. Salinan Penyata Bank anda tidak wajib

19. Saya berminat dengan program ini. Bagaimanakah cara untuk mendaftarkan perniagaan saya untuk menjadikan sebahagian daripada Komuniti Runcit Hero?

Untuk menjadi ahli, sila klik “Daftar” di bahagian atas kanan skrin anda. Selepas mengisi semua maklumat yang diperlukan, anda perlu menghantar butir-butir perniagaan, alamat penghantaran dan memuat naik borang-borang berkaitan perniagaan anda (SSM, Borang 9, 24, dan 48), dan bukti ID. Selepas kelayakan perniagaan anda disahkan, anda boleh mendaftar masuk dan mula menikmati pengalaman pembelian di runcithero.my