Berita

Cap Kaki Tiga diberikan logo baru dan memperkenalkan Cooltopia

Kumpulan Wen Ken melancarkan penjenamaan semula logo baru untuk jenamanya, Cap Kaki Tiga. Logo yang diberikan nafas baru ini mewakili perkembangan mantap Kumpulan Wen Ken dalam menjadi pembekal dan menghasilkan produk kesihatan yang dipercayai ramai ke pasaran antarabangsa. Sejajar dengan transformasi ini, kumpulan Wen Ken juga memperkenalkan Cooltopia, air penyejuk badan baru dengan perisa buah laici dan jambu batu. Cooltopia dihasilkan dalam botol bersaiz 320ml.

Kumpulan Wan Ken | (03) 7727 2713