fbpx

Calpis Meraikan Satu Abad yang Penuh dengan Kebaikan

Jul 11, 2019 | Berita

Calpis, minuman susu kultur pertama Jepun meraikan ulang tahun satu abad pada tahun ini. Calpis yang diasaskan pada tahun 1919 telah berevolusi dan kini menjadi minuman pilihan bagi pengguna yang inginkan minuman menyegarkan yang turut membantu mengekalkan perut yang sihat.

Konsep jenama ini tercetus apabila pengasasnya, Kaiun Mishima mengunjungi kawasan pedalaman Mongolia. Dalam perjalanannya, sistem penghadaman Kaiun menjadi lemah dan beliau menemui susu kultur apabila salah seorang penduduk tempatan di sana menghidangkan minuman tersebut kepadanya sebagai ikhtiar untuk memperbaiki sistem penghadaman beliau. Tidak lama selepas itu, sistem penghadaman beliau mula pulih dan Kaiun kembali segar.

Kagum dengan manfaat susu kultur dan rasanya yang enak, Kaiun pulang ke Jepun dan melalui hasil kesungguhan dan penyelidikan yang intensif, beliau berjaya menghasilkan Calpis, minuman susu kultur pertama Jepun pada tahun 1919.

Calpis telah menghasilkan produk-produk yang berkualiti tinggi sejak sekian lama. Di Jepun, Calpis terus menginovasi dan mempelbagaikan produk-produknya dengan memperkenalkan Calpis yang sedia diminum, diikuti dengan minuman yang mempunyai ciri-ciri diet berfungsi. Jenama ini telah berkembang ke Malaysia dan turut menawarkan rangkaian produk Calpis sedia diminum dalam pelbagai perisa di samping mengekalkan manfaat-manfaat produk asalnya.

Berbekalkan sejarah selama 100 tahun, Calpis kini terus membantu mengekalkan perut yang ceria melalui produk-produknya yang bebas lemak dan bebas pengawet.

Calpis menawarkan rangkaian varian yang boleh disesuaikan dengan pelbagai cita rasa dan pilihan rakyat Malaysia. Dengan respons positif dari pengguna yang telah kami terima setakat ini, dan Calpis melangkah masuk ke tahun yang ke-100, kami berharap untuk meneruskan legasi Kaiun dan menyebarkan kebaikan Calpis untuk tempoh yang lebih lama,” ujar Naib Presiden Pemasaran dan Perniagaan Althernatif, Santharuban.

Untuk maklumat lanjut mengenai Calpis, layari laman Facebook Calpis Malaysia atau www.etikaholdings.com