Operasi

Alat Pemadam Api

Setiap bangunan mesti mempunyai alat pemadam api mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Berikut adalah beberapa maklumat yang perlu anda tahu mengenai alat pemadam api:

Letakkan alat pemadam api di sebelah pintu keluar dan pintu ke tangga. Bangunan yang lebih besar mungkin memerlukan lebih daripada satu unit.

Alat pemadam api berharga kira-kira RM110 hingga RM170. Anda boleh menservis dan mendapatkannya melalui
penghantaran dari syarikat kelengkapan api seperti yang berikut:

Fire Fighter Industry Sdn Bhd
www.frefghter.com.my
Daya Oriental Engineering Sdn Bhd
www.dayaoriental.com

Senggara alat pemadam api anda setiap tahun atau selepas digunakan. Periksa tekanan yang disarankan di tolok meter dan senggara apabila ada masalah.

Pastikan alat pemadam api anda mempunyai Sijil Bomba sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Cara Penggunaan

1. Tarik

2. SASAR pada
punca api

3. PICIT pemegang
perlahan-lahan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *